Isnin, 30 Mac 2015

Pusara misteri diParit Sulong

Pusara Misteri diInas, Parit Sulong

Tahukah anda ada beberapa pusara yang misteri diParit Sulong?

Pusara misteri terdapat dibukit Capal, bukit Kalong, dan yang paling popular sekali ialah diInas. Pusara ini telah bersemadi berratus tahun tetapi tidak diketahui pusara siapa?

Batu nesan buatan Aceh ini terdapat diInas tidak diketahui pusara siapa. Mengikut catitan Dato Bentara Luar (Dato Mohd Salleh bin Perang) dalam buku yang dikarang olih anaknya bernama Abd Rahman, bahawa Tan Ahmad bapa kepada Tun Mamat telah disemadikan diInas, tidak pasti yang mana satu pusaranya. Penghulu Rapang; penghulu pertama Simpang Kiri telah disemadikan dibukit Capal, sementara Penghulu Hajji, pengantinya disemadikan dibukit Capal juga.

Menteri Samin meninggal sekitar tahun 1860 telah disemadikan diInas.
Ada banyak batu nesan yang bertaburan diInas ini yang diselaputi dengan semak samun, dan banyak batu nesan yang telah hancur dan sukar dikenal pasti dan tiada kesan lagi.
Ini ialah batu nesan yang agak pelik dari segi saiznya yang agak besar dan jarang terdapat ditanah perkuburan yang lain. Dipercayai batu nesan saorang lelaki kerana saiznya yang bulat.
Suatu ketika dahulu pusara-pusara dalam pagar ini berpagar dan berbumbung. Saolah-olah seperti pondok. Lantainya berbatu marmar, ditiang dan dibatu nesan bersalut dengan kain kuning, begitu juga didalamnya saolah-olah berkelambu. Dari jauh kelihatan seperti pondok berkelambu kuning. Jabatan Ugama Islam Johor telah mengarahkan supaya pondok itu dirobohkan, dikhawatiri akan dikeramatkan orang-orang yang datang melawat kakilang minyak Wak Dakam yang berhampiran. Sekarang ianya terbiar sahaja.
Mengapakah ramai pembesar-besar dahulu-kala datang kaSimpang Kiri? Apakah istemewanya Simpang Kiri?
Pada suatu ketika dahulu sungei Simpang Kiri memang menarik, terasa tenang dan aman, dengan airnya tenang, banyak ikan dan persekitarannya sungguh menyenangkan. Banyak burung-burung, binatang buruan, dan banyak pokok herba.
Mungkin pembesar-pembesar itu mengasingkan diri dari pergolakan dalam Istana atau pergolakan sesama sendiri. Tetapi mengapakah Simpang Kiri dipilih, tempat yang agak terpencil ini untuk mereka mengasingkan diri?
 
Kalau anda hendak menziarah pusara ini ada dua jalan yang bolih anda ikuti dari Parit Sulong. Satu ikut jalan parit Talib anda akan melalui bukit Capal, bukit Kalong dan seterusnya kaInas. Satu lagi ialah ikut Kampung Kolam Air, cari jalan menuju Parit Laman selepas jambatan lihat sebelah kiri terdapat bukit-bukit, diantara bukit ini disebelah kiri ada papan tanda kakilang Wak Dakam, ikut lorong itu dua katiga kilometre anda akan sampai kaperkuburan misteri ini disebelah kanan.
 
Sekiranya anda ingin menziarahi perkuburan misteri ini, silakan.

2 ulasan:

  1. Saya pernah menziarahi kubur arwah moyang saya di kg kampung kolam air bersebelahan dengan surau lama.. arwah moyang saya bernama Niat Bin telok..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam