Isnin, 30 Mac 2015

Pusara misteri diParit Sulong

Pusara Misteri diInas, Parit Sulong

Tahukah anda ada beberapa pusara yang misteri diParit Sulong?

Pusara misteri terdapat dibukit Capal, bukit Kalong, dan yang paling popular sekali ialah diInas. Pusara ini telah bersemadi berratus tahun tetapi tidak diketahui pusara siapa?

Batu nesan buatan Aceh ini terdapat diInas tidak diketahui pusara siapa. Mengikut catitan Dato Bentara Luar (Dato Mohd Salleh bin Perang) dalam buku yang dikarang olih anaknya bernama Abd Rahman, bahawa Tan Ahmad bapa kepada Tun Mamat telah disemadikan diInas, tidak pasti yang mana satu pusaranya. Penghulu Rapang; penghulu pertama Simpang Kiri telah disemadikan dibukit Capal, sementara Penghulu Hajji, pengantinya disemadikan dibukit Capal juga.

Menteri Samin meninggal sekitar tahun 1860 telah disemadikan diInas.
Ada banyak batu nesan yang bertaburan diInas ini yang diselaputi dengan semak samun, dan banyak batu nesan yang telah hancur dan sukar dikenal pasti dan tiada kesan lagi.
Ini ialah batu nesan yang agak pelik dari segi saiznya yang agak besar dan jarang terdapat ditanah perkuburan yang lain. Dipercayai batu nesan saorang lelaki kerana saiznya yang bulat.
Suatu ketika dahulu pusara-pusara dalam pagar ini berpagar dan berbumbung. Saolah-olah seperti pondok. Lantainya berbatu marmar, ditiang dan dibatu nesan bersalut dengan kain kuning, begitu juga didalamnya saolah-olah berkelambu. Dari jauh kelihatan seperti pondok berkelambu kuning. Jabatan Ugama Islam Johor telah mengarahkan supaya pondok itu dirobohkan, dikhawatiri akan dikeramatkan orang-orang yang datang melawat kakilang minyak Wak Dakam yang berhampiran. Sekarang ianya terbiar sahaja.
Mengapakah ramai pembesar-besar dahulu-kala datang kaSimpang Kiri? Apakah istemewanya Simpang Kiri?
Pada suatu ketika dahulu sungei Simpang Kiri memang menarik, terasa tenang dan aman, dengan airnya tenang, banyak ikan dan persekitarannya sungguh menyenangkan. Banyak burung-burung, binatang buruan, dan banyak pokok herba.
Mungkin pembesar-pembesar itu mengasingkan diri dari pergolakan dalam Istana atau pergolakan sesama sendiri. Tetapi mengapakah Simpang Kiri dipilih, tempat yang agak terpencil ini untuk mereka mengasingkan diri?
 
Kalau anda hendak menziarah pusara ini ada dua jalan yang bolih anda ikuti dari Parit Sulong. Satu ikut jalan parit Talib anda akan melalui bukit Capal, bukit Kalong dan seterusnya kaInas. Satu lagi ialah ikut Kampung Kolam Air, cari jalan menuju Parit Laman selepas jambatan lihat sebelah kiri terdapat bukit-bukit, diantara bukit ini disebelah kiri ada papan tanda kakilang Wak Dakam, ikut lorong itu dua katiga kilometre anda akan sampai kaperkuburan misteri ini disebelah kanan.
 
Sekiranya anda ingin menziarahi perkuburan misteri ini, silakan.

Ahad, 29 Mac 2015

Puasa bin Samin Parit Sulong - Taman Burung Tanjung Putri

Kaitan Puasa bin Samin dengan Zoo Johor Bharu

Cerita ini adalah warisan dari Mohamad bin Puasa, anak kepada Mentri Puasa bin Samin, Simpang Kiri, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Pada zaman Sultan Abu Bakar memerintah Johor beliau adalah saorang Ketua Kampung disalah sebuah kampung diAir Baloi, Pontian, Johor.
Suatu ketika apabila ramai orang-orang Bugis telah berhijrah dikampungnya, orang-orang Bugis menuntut supaya saoarang keturunan Bugis dilantik sebagai Ketua Kampung. Maka Puasa bin Samin terpaksa menghadap Sultan Abu Bakar menceritakan perihal kampungnya. Apabila bapanya Mentri Samin meninggal dunia diSimpang Kiri sekali lagi meminta izin dari Sultan Abu Bakar untuk mengambil alih jawatan bapanya. Permintaannya diperkenankan olih Sultan Abu Bakar.
Olih yang demikian beliau memang biasa dengan kerabat Istana Johor.
 
Pada 4hb Jun tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah mangkat diLondon, dengan demikian Temenggong Ibrahim telah diangkat menjadi Sri Maharaja Johor. Bila beliau pulang kaJohor, beliau telah membuat beberapa persedian, pertamanya perkebumian ayahndanya keduanya kemahkotaannya dan perlantikan Tengku Mahkota, dan perlantikan Sultanah.
 
Dengan itu banyaklah sambutan dan perayaan diTanjung Putri ketika itu. Daerah-daerah dalam Negri Johor telah diarah membuat persiapan. Tiap-tiap daerah diberi tugas masing-masing. Simpang Kiri ditugaskan untuk membuat balai. Dengan demikian sibuklah orang Simpang Kiri mencari kayu, daun rumbia atau daun nipah, rotan dan sebagainya untuk membuat atap, dan balai. Ketika itu belum ada kanvas lagi. Pada ketika ini Mohamad bin Puasa baru berumur belasan tahun ada bersama dalam kesibukkan tersebut.
 
Pada suatu pagi orang sedang sibuk menjalankan tugas, Tengku Ismail yang baru berumur beberapa tahun didukung olih pengasuhnya bermain-main diluar Istana. Sewaktu bersiar-siar diluar Istana terlihatlah olih beginda salah saorang anak pembesar Johor sedang bermain-main dengan burung. Beliau tergesa-gesa pulang kaIstana memohon kepada ayahndanya untuk mendapatkan burung. Maka Temenggong Ibrahim menitahkan Mentri Puasa datang menghadap, dan menitahkan untuk dapatkan burung untuk Tengku Ismail. Mentri Puasa memohon untuk beberapa hari, dan permohonannya diperkenankan.
 
Mentri Puasa terus berangkat dengan membawa beberapa orang pedayung perahu yang handal dan terus pergi. Setelah beberapa hari sampailah Mentri Puasa diKepoh, sebelah ulu Simpang Kiri. Pada masa tibanya hari telah lewat petang, dan Mentri Puasa mengarahkan untuk membuat racik, mengetah, serta membuat sangkar burung.
 
Ada pun Kepoh itu ialah sebuah kampung orang asli keturunan Jakun. Kepoh juga tempat banyak jenis burung. Keadaannya berpaya, banyak ikan seperti tapah, baung dan lain-lain ikan, pohon kayu yang banyak berbuah memang tempat kegemaran burung-burung. Terdapat binatang pemburuan seperti rusa, kijang, napoh, dan pelanduk, terdapat juga Gajah, Tenok, Harimau, Seladang, dan juga Beruang mata-hari. Olih itu Kepohlah tempat sesuai untuk menangkap burung. Pada malam itu juga mereka menangkap burung. Esok paginya banyaklah mereka dapat burung-burung, besangkar banyaknya, Mentri Puasa bersama dengan orang-orang terus berkayuh kaTanjung Putri.
 
Bila Tengku Ismail melihat banyaknya burung hatinya sungguh gembira maka burung-burung itu dibawa kaIstana. Temenggong Ibrahim pun mengarahkan untuk membina rumah burung dibelakang Istana. Olih kerana minat Tengku Ismail dengan haiwan dan burung-burung, maka Temenggong Ibrahim mengarahkan untuk membina zoo Istana Johor Bharu.

Begitulah kisahnya asal-usul pembinaan zoo Johor Bharu.

Mentri Puasa bin Samin mempunyai beberapa keistemewaan seperti :-
Beliau mempunyai suatu cop diperbuat dari kayu yang berukiran lambang Negri Johor, kalau sesiapa yang mempunyai permohonan yang ada cop tersebut pasti akan diluluskan.
Beliau mempunyai sebilah Sundang sepanjang satu hasta yang berukiran dimatanya.
Beliau mempunyai sebatang tombak sepanjang dua hasta dan berkerawang dipangkal matanya.
Beliau juga mempunyai Gong atau Tawak.
Beliau juga mempunyai Pending dan tali pinggang dari perak, apabila ada sambutan rasmi beliau akan memakai barang ini.
Beliau juga mempunyai sehelai kot berwarna hitam, berbutang lima, dan dibutang baju tersebot terdapat lambang(crown) Negri Johor.
Menteri Puasa diberi kuasa olih Sultan untuk mendenda pesalah mencuri kerbau dengan denda 15 ringgit atau satu bulan penjara melebihi kuasa Penghulu ketika itu. Cerita ini disampaikan olih PaBuang bin Kassim kepada kami. Mungkin juga kerana rumah Mentri Puasa tidak berapa jauh dari Rumah Pasong sementara Penghulu tinggal jauh disebelah hilir Simpang Kiri.

Suatu ketika apabila Sultan Johor datang unuk menghadiri perayaan diMuar. Sultan memandu kenderaannya sendiri. Beliau dijemput untuk meresmikan Jambatan Parit Sulong yang baru siap dibina. Mentri Puasa sibuk mengatur orang-orang Simpang Kiri beratur dikiri-kanan jalan bagi menyambut kedatangan Sultan. Bila kenderaan Sultan berhenti beliau disambut dengan meriahnya dan beliau bertanya kepada Jurutera Jambatan berbangsa Inggeris  tentang kekukuhannya jambatan itu. Jurutera itu menganggukkan kepalanya bererti kuat dan kukuh. Bila Baginda memegang tembok dengan tangan kirinya maka Jambatan itu bergegar. Jurutera itu terus pengsan. Selepas itu Beginda naik kakeretanya dan terus memandu kaMuar. Itulah peristewa yang dialami olih Mentri Puasa ketika Sultan singgah untuk meresmikan jambatan Parit Sulong.

Mentri Puasa bin Samin meninggal dunia pada tahun 1935, pusaranya berada diTanah Pekuburan Gudang, Simpang Tiga, Parit Sulong.
Mudah-mudah ianya menjadi cerita warisan anak-cucu beliau.
 

Jumaat, 6 Februari 2015

Sejarah Parit Sulong, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor tahun 1900-1950


Parit Sulong ialah sebuah pekan kecil terletak ditebing sungei Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor, bersempadan disebelah utara ialah Bandar Maharani (Muar), diselatannya ialah pekan Yong Peng, dan disebelah baratnya ialah Bandar Penggaram.

Sebatang jambatan konkrit merentangi kedua-dua tebing sungei Simpang Kiri untuk menyambung perjalanan dari Yong Peng kabandar Muar. Ianya menjadi laluan penting diantara Johor Bharu kaMuar. Kini pekan ini sedang membangun mengikut peredaran masa.

Bagaimana ianya mendapat nama Parit Sulong?

Ianya bermula pada tahun 1901 apabila Datuk Bentara Luar (Datuk Mohd Salleh bin Perang) melawat kakampung-kampung setelah membuka Bandar Penggaram. Beliau melihat keadaan hidup penduduk kampung terutamanya diSimpang Kiri kerana beliau pernah tinggal diSenangar suatu masa dahulu. Beliau melihat banyak tanah-tanah yang terbiar dan tidak ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Banyak tanah yang berpaya dengan airnya tersekat terutama dikawasan pendalaman.

Beliau menyarankan supaya air itu dialirkan dengan membina peparitan, dan parit-parit itu akan dinamakan dengan mereka yang mengusahakan parit tersebut, Apabila airnya kering bolihlah ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Sebuah bandar perlukan ada hasil dari kampung persekitaran,

Untuk menyahut seruan ini penduduk kampung berlumba-lumba membuka tanah dengan menggali parit-parit. Masaalahnya ialah perkerja, dengan itu ramailah orang-orang dari Jawa dibawa masuk untuk membantu kerja-kerja ini. Orang-orang dari serata pelusuk datang berduyun-duyun, dari Siak, dari Jambi, dari Palembang, dan juga dari Banjar datang membuka tanah dan membuat penempatan disepanjang Sungei Simpang Kiri.

DiSenangar, kampung berhampiran Sungei Senangar salah satu cabang sungei Simpang Kiri, terdapat saorang bernama Sulong bin Gantang yang banyak hartanya. Selain ada kebun, beliau menternak lembu dan kerbau. Kerbau dan lembunya merayau-merayau disekitar kampung, selain itu beliau banyak mendirikan rumah kedai untuk menempatkan pekerjanya dan juga untuk disewa. Beliau juga mengusaha bot penambang untuk membawa penumpang disepanjang sungei Simpang Kiri. Beliau juga membawa hasil keluaran dari kongsi dikangkar Senangar kabandar, kongsi dikangkar Senangar diusahakan olih orang-orang Cina dibawah perjanjian 'sungei' diantara Sultan Abu Bakar dengan pedagang-pedagang Cina diSingapura semenjak tahun 1883 lagi. Hasil keluaran dari kangkar ini akan diangkut mengunakan kerbau atau dengan kereta lembu melalui dilorong-lorong hutan dan dibawa kapengkalan diSimpang Kiri, ketika ini belom ada jalan raya. Ketua kaum Cina diKangkar ini ialah Manang bin Gantang adik-beradik Sulong Gantang.

Siapakah Sulong bin Gantang ?

Beliau ialah anak Gantang bin Untat atau Buntat anak Panglima Rapang yang berhijrah dari Pahang kaSimpang Kiri, Pada tahun 1819 Rapang telah dilantik olih orang kampung sebagai Penghulu, dan diperkenankan olih Sultan Husein, Sultan Singapura. Gantang telah berkahwin dengan anak perempuan Mentri Samin bernama Busu yang pada masa itu bermastautin dikampung Inas sebelah ulu kampung Senangar. Setelah berkahwin Gantang bin Untat berpindah kaSenangar.
Gantang mempunyai beberapa orang anak antaranya ialah Sulong, Manang, dan Manap.

Sulong telah berkahwin dengan anak Pawang Dollah bernama Chik dan memperolih beberapa anak diantaranya Mian, Mohd Saat, dan Ibrahim.

Mian telah berkahwin dengan Jemah atau Nyemah orang Serom, Muar dan memperolih anak-anak bernama Rahmah (bersuamikan Cikgu Sulaiman bin Sarjan), Saadiah, Abd Karim, dan Hashim.
Mohd Saat pula berkahwin dengan Salbiah binte Mohamad (Mansor) dapat anak bernama Hashim, Jah (Zaiton), Ramlah, Rahmat, Raonah, Jamaliah, dan Hamidah. Selepas Salbiah meninggal dunia kahwin pula Sipah binte Amin dapat anak Sarimah, Sarip, Shafiee, Rokiah, Norizan dan Yusof.
Ibrahim pula berkahwin dengan Leha binte Anang dapat anak bernama Ismail, Tik, Kamariah, Shamsudin, Sabariah, Jamaludin, Badairiah, dan Amin.

Siapakah Menteri Samin itu ?

Ada pun Mentri Samin itu pada suatu ketika dahulu bergelar 'Datok Batu Hampar', ada yang menggelarnya 'Datok Tekak Berbulu', dan ada yang memanggilnya 'Datuk Samin' sahaja. Mentri Samin suka pakai baju macam orang Cina dahulu kala, dan berjanggut dan bermisai. Kalau hendak makan terpaksa gulung janggut dan misai dahulu. Pada masa Penghulu Duasim jadi Penghulu Simpang Kiri, beliau telah dilantik sebagai pembantu untuk menjaga kawasan dari Senangar hingga kakawasan Bekok didalam daerah Segamat sekarang. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1860han dan jawatan beliau diganti olih anaknya bernama Puasa.

Adapun Puasa bin Samin sebelom menggantikan bapanya, beliau adalah ketua kampung diAir Baloi, Pontian. Beliau diperkenankan olih Sultan Abu Bakar untuk mengambil alih jawatan arwah bapanya diSimpang Kiri. Kampung tempat asal beliau masih kekal dinamakan olih orang kampung sebagai Parit Puasa.
Mentri Puasa tinggal diSungei Nipah disebelah hilir Senangar dan tempat itu dinamakan dengan Parit Puasa. Beliau telah berkahwin dengan Manis binte Endot. Anak-anak beliau ialah Mohammad, Gedang, Lanting, dan Sechik
.
Mohammad pula telah berkahwin dengan Halimah orang kampung Kelicap, berhampiran kampung Minyak Beku, anak penjual kain berasal dari Trengganu. Anak-anak Mohammad ialah Abd Karim, Tina, Abd Hamid, Abd Majid, Jantan, dan Lajis.
Gedang pula telah berkahwin dengan Wan Zahrah anak Penghulu Kitam. Anak-anaknya ialah Mahadan. Munah, Rainah, Ismail, dan Bahiyah. Selepas Wan Zahrah meninggal dunia kahwin pula dengan Bedah binte Md Shah orang Tebing Tinggi, Simpang Kiri dapat anak bernama Ahmad. Selepas Bedah meninggal dunia berkahwin pula dengan Seminah binte Sechik dapat anak bernama Ainon.
Sementara Lanting tidak diketahui nama suaminya, anak-anaknya ialah Pandak dan Bedah.

Sechik pula berkahwin dengan Abdullah bin Biru, dan anak-anaknya ialah Wahab, Siah, Jabal, dan Sempok.

DiSenangar juga terdapat saorang bernama Abdullah lebih dikenali sebagai Pawang Dollah yang bermastautin didarat Senangar. Beliau berhijrah dari Chohong, dalam daerah Melaka berhampiran Tangkak. Beliau terlibat dengan peperangan 'Rokam' kerana cukai yang dikenakan olih pemerentah Inggeris diMelaka. Beliau berhijrah berserta dengan keluarganya kaSimpang Kiri.

Ada saorang lagi bernama Kadir bin Tar berasal dari Jawa dan telah bermastautin dan berkebun didarat Senangar juga. Kadir bin Tar telah berkahwin dengan anak Pawang Dollah bernama Sechik dan berolih anak-anak bernama Sharip, Sarban, Andong, Sofian, dan Atan.

Anak Pawang Dollah yang tua bernama Chik  telah berkahwin dengan Sulong bin Gantang, sementara Sechik adeknya pula berkahwin dengan Kadir bin Tar.

Sulong bin Gantang telah menyahut seruan Datuk Bentara Luar. Beliau bersama Kadir bin Tar, atas nasihat Pawang Dollah mula menggali parit terusan air dari berhampiran pengkalan botnya hingga kadarat.

Parit itu dinamakan Parit Sulong.

Dengan terbinanya parit ini rantau Senangar tidak lagi disebut orang, sebaliknya dikenali sebagai Parit Sulong sahaja.

Pada tahun 1917, Sulong bin Gantang telah dilantik olih Penghulu Saat, Penghulu Simpang Kiri ketika itu sebagai Ketua Kampung (Naib Penghulu) Parit Sulong,

Manang bin Gantang pula telah berkahwin dengan Temah binte Jusoh dapat anak bernama Kitam(Rukanah), Ali, Temun dan Jamiah. Anaknya yang bernama Temun diserahkannya kepada abangnya Sulong bin Gantang untuk dijadikan sebagai anak sendiri.

Ada saorang lagi bernama Mansor bin Arshad. Beliau melarikan diri kaSimpang Kiri kerana terlibat dengan pemerentahan Inggeris diMelaka, Beliau ialah Penghulu dikampung Paya Rumput (Sungei Udang) menukar namanya kepada Mohamad bin Ibrahim. DiSimpang Kiri beliau berkerja dengan Sulong bin Gantang membaiki injin bot. Beliau tinggal dihilir Senangar, dan tempat beliau dikenali sebagai Parit Mohamad atau Parit Che Mat. DiSimpang Kiri beliau telah berkahwin dengan perempuan bernama Chik atau Salma, dapat anak bernama Anang, Asmah, Tom, dan Salbiah. Selepas itu berkahwin pula dengan Numa dapat anak bernama Asiah.
DiMelaka dahulu beliau telah berkahwin dengan Net anak Penghulu Hat mendapat anak bernama Sanudin. Kahwin pula dengan Edah anak Khatib Jaamat dapat anak bernama Sulong.
Sulong dibesarkan tanpa ayah dan bersekolah Inggeris diMelaka. Sanudin dan Sulong ingin mencari ayahnya. Sanudin berlayar kapal sementara Sulong menemui ayahnya diSimpang Kiri melalui Anang.

Temun binte Manang (anak angkat Sulong bin Gantang) telah dikahwinkan dengan Sulong bin Mohamad(Mansor) dapat anak bernama Aminah, Safiah(Yut), Tik, Jamil(Datuk Jamil Sulong pengarah filem), Ning dan Salmah.

Pada tahun 1935 Sulong bin Gantang telah kembali karahmatullah, segala urusan hartanya diuruskan olih Sulong bin Mohamad. Beliau juga telah dilantik sebagai Naib Penghulu Parit Sulong menggantikan mertuanya.

Sulong Mohamad telah membina banyak rumah kedai dimana menjadi pekan Parit Sulong sekarang. Beliau juga telah membina sebatang jalan sejauh hampir 500 ela dan dihujung jalan ini terbinanya sekolah Melayu konkrit pertama yang dibina olih Kerajaan pada tahun 1936. Ada 4 orang guru yang mengajar disekolah Melayu ini, dan guru besar pertamanya ialah Mahadan bin Gedang. Sulong Mohamad juga telah membina tempat tinggalnya berupa rumah kedai dua tingkat 5 pintu berhadapan dengan rumah Mian bin Sulong (rumah asal Sulong bin Gantang).


Pada 1hb Mac 1946 Sulong bin Mohamad telah diberhentikan menjadi Naib Penghulu olih Kerajaan, dan jawatan beliau digantikan olih Mohd Saat bin Sulong sebagai Naib Penghulu Parit Sulong.


Pembinaan Jalanraya dan Jambatan


Dalam tahun 1920han Kerajaan Johor telah membina jalanraya dari Bertam(Yong Peng) kabandar Maharani(Muar). Jalanraya ini merentasi tanah Sulong bin Gantang. Dengan demikian banyaklah rumah kedainya kena roboh. Parit yang asalnya lurus telah diubahsuai mengikut bentuk jalan tersebot. Kedai-kedai mula dibina lebih kurang 200 ela jauhnya dari pengkalan bot.
Kemudahan asas mula dibina olih kerajaan termasuk balai Polis dan jabatan-jabatan yang lain, termasuk pejabat kerjaraya dan bareknya.

Pada tahun 1924 jambatan konkrit mula dibina menyeberangi dari kedua tebing sungei Simpang Kiri. Jambatan bentuk 'arch' yang pertama bagi negeri Johor dibina untuk membolihkan tongkang-tongkang yang membawa bijeh besi melepasi jambatan tersebut. Lombong bijeh besi itu diSri Medan disebelah ulu Senangar. Tongkang tersebut panjangnya 25 ela, lebarnya 4.5 ela, dan tingginya juga 4.5 ela. Tongkang-tongkang itu dengan muatan akan ditarik dengan bot dari Sri Medan hingga kakuala sungei Batu Pahat dimana kapal yang mengangkut bijeh kaJepun menunggu. Lombong bijeh besi diSri Medan telah diusahakan olih syarikat dari Jepun(NKK dan ISK) semenjak tahun 1917 lagi. Jambatan itu siap dibina pada tahun 1929.

Pada 8hb Disember tahun 1942 Tentera Imperial Jepun telah mendarat diKota Bharu. Dalam beberapa hari mereka telah sampai diMuar. Briged India ke45 telah menentang dengan hebat diBakri dimana Brigadier Duncan telah terkorban dan LtKol Anderson dari Tentera Australia telah mengambil alih. Sewaktu pertemporan diMuar penduduk Parit Sulong telah diarah untuk berpindah. Ada yang berlindung diCapal, diInas dan juga diJompak. Briged ke45 terpaksa berundur kaParit Sulong satu-satunya jalan kaSingapura. Sebelum ketibaan Briged ke45, sebilangan kecil Tentera Jepun telah menawan jambatan tersebut. Pada 22hb Januari 1942 Briged ke45 tiba diParit Sulong pertemporan hebat telah berlaku untuk menawan jambatan itu. Pertemporan berlaku beberapa hari dan akhirnya saki baki Briged ke45 terpaksa meredah hutan untuk sampai kaYong Peng dengan meninggalkan yang cedera seramai 110 orang Tentera Australia dan 40 orang tentera India. Semua yang cedera dibunuh olih Tentera Jepun melainkan 2 orang yang dapat melepaskan diri. Untuk mengingati peristewa ini Tugu Peringtan Perang telah dibina olih Tentera Australia diParit Sulong.   


Jepun berkuasa selama 3 1/2 tahun sahaja.

Bila Jepun menyerah kalah tentera Bintang Tiga mula berkuasa. Pada 10hb Jun 1946 Tentera Bintang Tiga menyerang Parit Sulong. Tujuan utamanya untuk membunuh Mian bin Sulong yang menjadi 'Sancho' sewaktu pemerentahan Jepun. Tembak-menembak berlaku berhampiran rumah Mian pada pagi hari tersebut. Mian tertembak dipeha dan kaki sementara ibunya Chik tertembak didada. Rumah Mian dibakar termasuk rumah kedai Sulong Mohamad yang bertentangan habis musnah. Kedai-kedai Parit Sulong juga habis dibakar dan banyak rumah lagi juga menjadi mangsa. Ramai yang terkorban termasuk keluarga Sulong Mohamad. Mian dan Ibunya telah diselamatkan olih penyerang yang bersimpati dibawa kasemak dibelakang rumah. Bila keadaan telah reda Mian dan Ibunya dibawa kaHospital Batu Pahat.

Selepas peristewa ini muncul Panglima Salleh bin Abd Karim untuk menentang gerombolan pengganas kominis. Dengan menggelarkan pengikutnya 'Selepang Merah' mereka menyerang tempat persembunyian pengganas kominis. Bintang Tiga dapat memerentah selama 2 minggu sahaja sahingga datangnya British Military Admistration (BMA).

Pada 26hb Julai 1947 Penghulu Kari bin Kitam, Penghulu Simpang Kiri telah kembali karahmatullah. Dato Onn telah melantik Panglima Salleh sebagai pengganti. Penduduk Simpang Kiri berbelah bagi untuk menerima lantikkan tersebut kerana Panglima Salleh bukan orang asal Simpang Kiri tambahan pula beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan sebelum ini. Dengan itu Mukim 4 terpaksa dibahagi 2, dan Parit Sulong menjadi persempadannya.

Pada 1hb Januari 1947 pekan Parit Sulong jadi dua mukim. Disebelah kiri jalan Mukim IV sementara disebelah lagi mukim baru iaitu Mukim XVIII ((Mukim Sri Medan). Penghulu Salleh kekal sebagai Penghulu Mukim IV dan Naib Penghulu Gedang bin Puasa menjadi penghulu Mukim  Sri Medan.

Pada bulan Julai tahun 1948, Dharurat telah diistiharkan olih Kerajaan Persekutuan sebab ancaman pengganas kominis yang melemahkan ekonomi terutama diPerak, Negri Sembilan, dan Johor. Untuk mengelakkan pengganas kominis mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan dari penyokongnya yang bersekitaran dipendalaman, rancangan 'Briggs' telah dilancarkan. Rancangan ini ialah untuk mengumpul penduduk persekitaran kadalam satu penempatan. Penempatan ini akan dipagar sekelilingnya  dengan kawat berduri supaya barang makanan dan ubat-ubatan dapat dikawal. Dipintu pagar dikawal olih Polis Bantuan atau Home Guard. Penempatan ini digelar 'Kampung Baharu'. Pekan Parit Sulong telah terpilih sebagai satu dari penempatan tersebut. Tanah-Tanah dalam kawasan tersebut diambil olih Kerajaan dan dibahagi kepada lot-lot. Tiap satu keluarga yang dipindahkan akan ditempatkan satu dari lot tersebut. Dengan itu Pekan Parit Sulong menjadi 'Kampung Bharu'.

Pada bulan Jun tahun 1960 Dharurat telah ditamatkan sebab tiada lagi ancaman dari pengganas kominis. Olih itu semua kawat berduri telah ditanggalkan. Mereka yang ada kebun pulang katempat masing bercucuk tanam seperti biasa. Yang istemewanya mereka ini akan datang berkumpul pada tiap-tiap hari Sabtu dipekan membawa hasil tanaman mereka sambil bertamu. Itulah istemewanya hingga kahari ini hari Sabtu menjadi 'pekan sehari'.