Sejarah Parit Sulong, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor tahun 1900-1950
Parit Sulong ialah sebuah pekan kecil terletak ditebing sungei Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor, bersempadan disebelah utara ialah Bandar Maharani (Muar), diselatannya ialah pekan Yong Peng, dan disebelah baratnya ialah Bandar Penggaram.
Parit Sulong ialah sebuah pekan kecil terletak ditebing sungei Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor, bersempadan disebelah utara ialah Bandar Maharani (Muar), diselatannya ialah pekan Yong Peng, dan disebelah baratnya ialah Bandar Penggaram.
Sebatang jambatan konkrit merentangi kedua-dua tebing sungei Simpang Kiri untuk menyambung perjalanan dari Yong Peng kabandar Muar. Ianya menjadi laluan penting diantara Johor Bharu kaMuar. Kini pekan ini sedang membangun mengikut peredaran masa.
Bagaimana ianya mendapat nama Parit Sulong?
Ianya bermula pada tahun 1901 apabila Datuk Bentara Luar (Datuk Mohd Salleh bin Perang) melawat kakampung-kampung setelah membuka Bandar Penggaram. Beliau melihat keadaan hidup penduduk kampung terutamanya diSimpang Kiri kerana beliau pernah tinggal diSenangar suatu masa dahulu. Beliau melihat banyak tanah-tanah yang terbiar dan tidak ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Banyak tanah yang berpaya dengan airnya tersekat terutama dikawasan pendalaman.
Beliau menyarankan supaya air itu dialirkan dengan membina peparitan, dan parit-parit itu akan dinamakan dengan mereka yang mengusahakan parit tersebut, Apabila airnya kering bolihlah ditanam dengan tanaman yang mendatangkan hasil. Sebuah bandar perlukan ada hasil dari kampung persekitaran,
Untuk menyahut seruan ini penduduk kampung berlumba-lumba membuka tanah dengan menggali parit-parit. Masaalahnya ialah perkerja, dengan itu ramailah orang-orang dari Jawa dibawa masuk untuk membantu kerja-kerja ini. Orang-orang dari serata pelusuk datang berduyun-duyun, dari Siak, dari Jambi, dari Palembang, dan juga dari Banjar datang membuka tanah dan membuat penempatan disepanjang Sungei Simpang Kiri.
DiSenangar, kampung berhampiran Sungei Senangar salah satu cabang sungei Simpang Kiri, terdapat saorang bernama Sulong bin Gantang yang banyak hartanya. Selain ada kebun, beliau menternak lembu dan kerbau. Kerbau dan lembunya merayau-merayau disekitar kampung, selain itu beliau banyak mendirikan rumah kedai untuk menempatkan pekerjanya dan juga untuk disewa. Beliau juga mengusaha bot penambang untuk membawa penumpang disepanjang sungei Simpang Kiri. Beliau juga membawa hasil keluaran dari kongsi dikangkar Senangar kabandar, kongsi dikangkar Senangar diusahakan olih orang-orang Cina dibawah perjanjian 'sungei' diantara Sultan Abu Bakar dengan pedagang-pedagang Cina diSingapura semenjak tahun 1883 lagi. Hasil keluaran dari kangkar ini akan diangkut mengunakan kerbau atau dengan kereta lembu melalui dilorong-lorong hutan dan dibawa kapengkalan diSimpang Kiri, ketika ini belom ada jalan raya. Ketua kaum Cina diKangkar ini ialah Manang bin Gantang adik-beradik Sulong Gantang.
Siapakah Sulong bin Gantang ?
Beliau ialah anak Gantang bin Untat atau Buntat anak Panglima Rapang yang berhijrah dari Pahang kaSimpang Kiri, Pada tahun 1819 Rapang telah dilantik olih orang kampung sebagai Penghulu, dan diperkenankan olih Sultan Husein, Sultan Singapura. Gantang telah berkahwin dengan anak perempuan Mentri Samin bernama Busu yang pada masa itu bermastautin dikampung Inas sebelah ulu kampung Senangar. Setelah berkahwin Gantang bin Untat berpindah kaSenangar.
Gantang mempunyai beberapa orang anak antaranya ialah Sulong, Manang, dan Manap.Sulong telah berkahwin dengan anak Pawang Dollah bernama Chik dan memperolih beberapa anak diantaranya Mian, Mohd Saat, dan Ibrahim.
Mian telah berkahwin dengan Jemah atau Nyemah orang Serom, Muar dan memperolih anak-anak bernama Rahmah (bersuamikan Cikgu Sulaiman bin Sarjan), Saadiah, Abd Karim, dan Hashim.
Mohd Saat pula berkahwin dengan Salbiah binte Mohamad (Mansor) dapat anak bernama Hashim, Jah (Zaiton), Ramlah, Rahmat, Raonah, Jamaliah, dan Hamidah. Selepas Salbiah meninggal dunia kahwin pula Sipah binte Amin dapat anak Sarimah, Sarip, Shafiee, Rokiah, Norizan dan Yusof.
Ibrahim pula berkahwin dengan Leha binte Anang dapat anak bernama Ismail, Tik, Kamariah, Shamsudin, Sabariah, Jamaludin, Badairiah, dan Amin.
Siapakah Menteri Samin itu ?
Ada pun Mentri Samin itu pada suatu ketika dahulu bergelar 'Datok Batu Hampar', ada yang menggelarnya 'Datok Tekak Berbulu', dan ada yang memanggilnya 'Datuk Samin' sahaja. Mentri Samin suka pakai baju macam orang Cina dahulu kala, dan berjanggut dan bermisai. Kalau hendak makan terpaksa gulung janggut dan misai dahulu. Pada masa Penghulu Duasim jadi Penghulu Simpang Kiri, beliau telah dilantik sebagai pembantu untuk menjaga kawasan dari Senangar hingga kakawasan Bekok didalam daerah Segamat sekarang. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1860han dan jawatan beliau diganti olih anaknya bernama Puasa.
Adapun Puasa bin Samin sebelom menggantikan bapanya, beliau adalah ketua kampung diAir Baloi, Pontian. Beliau diperkenankan olih Sultan Abu Bakar untuk mengambil alih jawatan arwah bapanya diSimpang Kiri. Kampung tempat asal beliau masih kekal dinamakan olih orang kampung sebagai Parit Puasa.
Mentri Puasa tinggal diSungei Nipah disebelah hilir Senangar dan tempat itu dinamakan dengan Parit Puasa. Beliau telah berkahwin dengan Manis binte Endot. Anak-anak beliau ialah Mohammad, Gedang, Lanting, dan Sechik
.
.
Mohammad pula telah berkahwin dengan Halimah orang kampung Kelicap, berhampiran kampung Minyak Beku, anak penjual kain berasal dari Trengganu. Anak-anak Mohammad ialah Abd Karim, Tina, Abd Hamid, Abd Majid, Jantan, dan Lajis.
Gedang pula telah berkahwin dengan Wan Zahrah anak Penghulu Kitam. Anak-anaknya ialah Mahadan. Munah, Rainah, Ismail, dan Bahiyah. Selepas Wan Zahrah meninggal dunia kahwin pula dengan Bedah binte Md Shah orang Tebing Tinggi, Simpang Kiri dapat anak bernama Ahmad. Selepas Bedah meninggal dunia berkahwin pula dengan Seminah binte Sechik dapat anak bernama Ainon.
Sementara Lanting tidak diketahui nama suaminya, anak-anaknya ialah Pandak dan Bedah.
Sechik pula berkahwin dengan Abdullah bin Biru, dan anak-anaknya ialah Wahab, Siah, Jabal, dan Sempok.
DiSenangar juga terdapat saorang bernama Abdullah lebih dikenali sebagai Pawang Dollah yang bermastautin didarat Senangar. Beliau berhijrah dari Chohong, dalam daerah Melaka berhampiran Tangkak. Beliau terlibat dengan peperangan 'Rokam' kerana cukai yang dikenakan olih pemerentah Inggeris diMelaka. Beliau berhijrah berserta dengan keluarganya kaSimpang Kiri.
Ada saorang lagi bernama Kadir bin Tar berasal dari Jawa dan telah bermastautin dan berkebun didarat Senangar juga. Kadir bin Tar telah berkahwin dengan anak Pawang Dollah bernama Sechik dan berolih anak-anak bernama Sharip, Sarban, Andong, Sofian, dan Atan.
Anak Pawang Dollah yang tua bernama Chik telah berkahwin dengan Sulong bin Gantang, sementara Sechik adeknya pula berkahwin dengan Kadir bin Tar.
Sulong bin Gantang telah menyahut seruan Datuk Bentara Luar. Beliau bersama Kadir bin Tar, atas nasihat Pawang Dollah mula menggali parit terusan air dari berhampiran pengkalan botnya hingga kadarat.
Parit itu dinamakan Parit Sulong.
Dengan terbinanya parit ini rantau Senangar tidak lagi disebut orang, sebaliknya dikenali sebagai Parit Sulong sahaja.
Pada tahun 1917, Sulong bin Gantang telah dilantik olih Penghulu Saat, Penghulu Simpang Kiri ketika itu sebagai Ketua Kampung (Naib Penghulu) Parit Sulong,
Parit itu dinamakan Parit Sulong.
Dengan terbinanya parit ini rantau Senangar tidak lagi disebut orang, sebaliknya dikenali sebagai Parit Sulong sahaja.
Pada tahun 1917, Sulong bin Gantang telah dilantik olih Penghulu Saat, Penghulu Simpang Kiri ketika itu sebagai Ketua Kampung (Naib Penghulu) Parit Sulong,
Manang bin Gantang pula telah berkahwin dengan Temah binte Jusoh dapat anak bernama Kitam(Rukanah), Ali, Temun dan Jamiah. Anaknya yang bernama Temun diserahkannya kepada abangnya Sulong bin Gantang untuk dijadikan sebagai anak sendiri.
Ada saorang lagi bernama Mansor bin Arshad. Beliau melarikan diri kaSimpang Kiri kerana terlibat dengan pemerentahan Inggeris diMelaka, Beliau ialah Penghulu dikampung Paya Rumput (Sungei Udang) menukar namanya kepada Mohamad bin Ibrahim. DiSimpang Kiri beliau berkerja dengan Sulong bin Gantang membaiki injin bot. Beliau tinggal dihilir Senangar, dan tempat beliau dikenali sebagai Parit Mohamad atau Parit Che Mat. DiSimpang Kiri beliau telah berkahwin dengan perempuan bernama Chik atau Salma, dapat anak bernama Anang, Asmah, Tom, dan Salbiah. Selepas itu berkahwin pula dengan Numa dapat anak bernama Asiah.
DiMelaka dahulu beliau telah berkahwin dengan Net anak Penghulu Hat mendapat anak bernama Sanudin. Kahwin pula dengan Edah anak Khatib Jaamat dapat anak bernama Sulong.
Sulong dibesarkan tanpa ayah dan bersekolah Inggeris diMelaka. Sanudin dan Sulong ingin mencari ayahnya. Sanudin berlayar kapal sementara Sulong menemui ayahnya diSimpang Kiri melalui Anang.
Temun binte Manang (anak angkat Sulong bin Gantang) telah dikahwinkan dengan Sulong bin Mohamad(Mansor) dapat anak bernama Aminah, Safiah(Yut), Tik, Jamil(Datuk Jamil Sulong pengarah filem), Ning dan Salmah.
Pada tahun 1935 Sulong bin Gantang telah kembali karahmatullah, segala urusan hartanya diuruskan olih Sulong bin Mohamad. Beliau juga telah dilantik sebagai Naib Penghulu Parit Sulong menggantikan mertuanya.
Sulong Mohamad telah membina banyak rumah kedai dimana menjadi pekan Parit Sulong sekarang. Beliau juga telah membina sebatang jalan sejauh hampir 500 ela dan dihujung jalan ini terbinanya sekolah Melayu konkrit pertama yang dibina olih Kerajaan pada tahun 1936. Ada 4 orang guru yang mengajar disekolah Melayu ini, dan guru besar pertamanya ialah Mahadan bin Gedang. Sulong Mohamad juga telah membina tempat tinggalnya berupa rumah kedai dua tingkat 5 pintu berhadapan dengan rumah Mian bin Sulong (rumah asal Sulong bin Gantang).
Sulong Mohamad telah membina banyak rumah kedai dimana menjadi pekan Parit Sulong sekarang. Beliau juga telah membina sebatang jalan sejauh hampir 500 ela dan dihujung jalan ini terbinanya sekolah Melayu konkrit pertama yang dibina olih Kerajaan pada tahun 1936. Ada 4 orang guru yang mengajar disekolah Melayu ini, dan guru besar pertamanya ialah Mahadan bin Gedang. Sulong Mohamad juga telah membina tempat tinggalnya berupa rumah kedai dua tingkat 5 pintu berhadapan dengan rumah Mian bin Sulong (rumah asal Sulong bin Gantang).
Pada 1hb Mac 1946 Sulong bin Mohamad telah diberhentikan menjadi Naib Penghulu olih Kerajaan, dan jawatan beliau digantikan olih Mohd Saat bin Sulong sebagai Naib Penghulu Parit Sulong.
Pembinaan Jalanraya dan Jambatan
Dalam tahun 1920han Kerajaan Johor telah membina jalanraya dari Bertam(Yong Peng) kabandar Maharani(Muar). Jalanraya ini merentasi tanah Sulong bin Gantang. Dengan demikian banyaklah rumah kedainya kena roboh. Parit yang asalnya lurus telah diubahsuai mengikut bentuk jalan tersebot. Kedai-kedai mula dibina lebih kurang 200 ela jauhnya dari pengkalan bot.
Kemudahan asas mula dibina olih kerajaan termasuk balai Polis dan jabatan-jabatan yang lain, termasuk pejabat kerjaraya dan bareknya.
Pada tahun 1924 jambatan konkrit mula dibina menyeberangi dari kedua tebing sungei Simpang Kiri. Jambatan bentuk 'arch' yang pertama bagi negeri Johor dibina untuk membolihkan tongkang-tongkang yang membawa bijeh besi melepasi jambatan tersebut. Lombong bijeh besi itu diSri Medan disebelah ulu Senangar. Tongkang tersebut panjangnya 25 ela, lebarnya 4.5 ela, dan tingginya juga 4.5 ela. Tongkang-tongkang itu dengan muatan akan ditarik dengan bot dari Sri Medan hingga kakuala sungei Batu Pahat dimana kapal yang mengangkut bijeh kaJepun menunggu. Lombong bijeh besi diSri Medan telah diusahakan olih syarikat dari Jepun(NKK dan ISK) semenjak tahun 1917 lagi. Jambatan itu siap dibina pada tahun 1929.
Pada 8hb Disember tahun 1942 Tentera Imperial Jepun telah mendarat diKota Bharu. Dalam beberapa hari mereka telah sampai diMuar. Briged India ke45 telah menentang dengan hebat diBakri dimana Brigadier Duncan telah terkorban dan LtKol Anderson dari Tentera Australia telah mengambil alih. Sewaktu pertemporan diMuar penduduk Parit Sulong telah diarah untuk berpindah. Ada yang berlindung diCapal, diInas dan juga diJompak. Briged ke45 terpaksa berundur kaParit Sulong satu-satunya jalan kaSingapura. Sebelum ketibaan Briged ke45, sebilangan kecil Tentera Jepun telah menawan jambatan tersebut. Pada 22hb Januari 1942 Briged ke45 tiba diParit Sulong pertemporan hebat telah berlaku untuk menawan jambatan itu. Pertemporan berlaku beberapa hari dan akhirnya saki baki Briged ke45 terpaksa meredah hutan untuk sampai kaYong Peng dengan meninggalkan yang cedera seramai 110 orang Tentera Australia dan 40 orang tentera India. Semua yang cedera dibunuh olih Tentera Jepun melainkan 2 orang yang dapat melepaskan diri. Untuk mengingati peristewa ini Tugu Peringtan Perang telah dibina olih Tentera Australia diParit Sulong.
Jepun berkuasa selama 3 1/2 tahun sahaja.
Jepun berkuasa selama 3 1/2 tahun sahaja.
Bila Jepun menyerah kalah tentera Bintang Tiga mula berkuasa. Pada 10hb Jun 1946 Tentera Bintang Tiga menyerang Parit Sulong. Tujuan utamanya untuk membunuh Mian bin Sulong yang menjadi 'Sancho' sewaktu pemerentahan Jepun. Tembak-menembak berlaku berhampiran rumah Mian pada pagi hari tersebut. Mian tertembak dipeha dan kaki sementara ibunya Chik tertembak didada. Rumah Mian dibakar termasuk rumah kedai Sulong Mohamad yang bertentangan habis musnah. Kedai-kedai Parit Sulong juga habis dibakar dan banyak rumah lagi juga menjadi mangsa. Ramai yang terkorban termasuk keluarga Sulong Mohamad. Mian dan Ibunya telah diselamatkan olih penyerang yang bersimpati dibawa kasemak dibelakang rumah. Bila keadaan telah reda Mian dan Ibunya dibawa kaHospital Batu Pahat.
Selepas peristewa ini muncul Panglima Salleh bin Abd Karim untuk menentang gerombolan pengganas kominis. Dengan menggelarkan pengikutnya 'Selepang Merah' mereka menyerang tempat persembunyian pengganas kominis. Bintang Tiga dapat memerentah selama 2 minggu sahaja sahingga datangnya British Military Admistration (BMA).
Pada 26hb Julai 1947 Penghulu Kari bin Kitam, Penghulu Simpang Kiri telah kembali karahmatullah. Dato Onn telah melantik Panglima Salleh sebagai pengganti. Penduduk Simpang Kiri berbelah bagi untuk menerima lantikkan tersebut kerana Panglima Salleh bukan orang asal Simpang Kiri tambahan pula beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan sebelum ini. Dengan itu Mukim 4 terpaksa dibahagi 2, dan Parit Sulong menjadi persempadannya.
Pada 1hb Januari 1947 pekan Parit Sulong jadi dua mukim. Disebelah kiri jalan Mukim IV sementara disebelah lagi mukim baru iaitu Mukim XVIII ((Mukim Sri Medan). Penghulu Salleh kekal sebagai Penghulu Mukim IV dan Naib Penghulu Gedang bin Puasa menjadi penghulu Mukim Sri Medan.
Pada bulan Julai tahun 1948, Dharurat telah diistiharkan olih Kerajaan Persekutuan sebab ancaman pengganas kominis yang melemahkan ekonomi terutama diPerak, Negri Sembilan, dan Johor. Untuk mengelakkan pengganas kominis mendapat bekalan makanan dan ubat-ubatan dari penyokongnya yang bersekitaran dipendalaman, rancangan 'Briggs' telah dilancarkan. Rancangan ini ialah untuk mengumpul penduduk persekitaran kadalam satu penempatan. Penempatan ini akan dipagar sekelilingnya dengan kawat berduri supaya barang makanan dan ubat-ubatan dapat dikawal. Dipintu pagar dikawal olih Polis Bantuan atau Home Guard. Penempatan ini digelar 'Kampung Baharu'. Pekan Parit Sulong telah terpilih sebagai satu dari penempatan tersebut. Tanah-Tanah dalam kawasan tersebut diambil olih Kerajaan dan dibahagi kepada lot-lot. Tiap satu keluarga yang dipindahkan akan ditempatkan satu dari lot tersebut. Dengan itu Pekan Parit Sulong menjadi 'Kampung Bharu'.
Pada bulan Jun tahun 1960 Dharurat telah ditamatkan sebab tiada lagi ancaman dari pengganas kominis. Olih itu semua kawat berduri telah ditanggalkan. Mereka yang ada kebun pulang katempat masing bercucuk tanam seperti biasa. Yang istemewanya mereka ini akan datang berkumpul pada tiap-tiap hari Sabtu dipekan membawa hasil tanaman mereka sambil bertamu. Itulah istemewanya hingga kahari ini hari Sabtu menjadi 'pekan sehari'.