Kaitan Puasa bin Samin dengan Zoo Johor Bharu
Cerita ini adalah warisan dari Mohamad bin Puasa, anak kepada Mentri Puasa bin Samin, Simpang Kiri, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Pada zaman Sultan Abu Bakar memerintah Johor beliau adalah saorang Ketua Kampung disalah sebuah kampung diAir Baloi, Pontian, Johor.
Suatu ketika apabila ramai orang-orang Bugis telah berhijrah dikampungnya, orang-orang Bugis menuntut supaya saoarang keturunan Bugis dilantik sebagai Ketua Kampung. Maka Puasa bin Samin terpaksa menghadap Sultan Abu Bakar menceritakan perihal kampungnya. Apabila bapanya Mentri Samin meninggal dunia diSimpang Kiri sekali lagi meminta izin dari Sultan Abu Bakar untuk mengambil alih jawatan bapanya. Permintaannya diperkenankan olih Sultan Abu Bakar.
Olih yang demikian beliau memang biasa dengan kerabat Istana Johor.
Pada 4hb Jun tahun 1895 Sultan Abu Bakar telah mangkat diLondon, dengan demikian Temenggong Ibrahim telah diangkat menjadi Sri Maharaja Johor. Bila beliau pulang kaJohor, beliau telah membuat beberapa persedian, pertamanya perkebumian ayahndanya keduanya kemahkotaannya dan perlantikan Tengku Mahkota, dan perlantikan Sultanah.
Dengan itu banyaklah sambutan dan perayaan diTanjung Putri ketika itu. Daerah-daerah dalam Negri Johor telah diarah membuat persiapan. Tiap-tiap daerah diberi tugas masing-masing. Simpang Kiri ditugaskan untuk membuat balai. Dengan demikian sibuklah orang Simpang Kiri mencari kayu, daun rumbia atau daun nipah, rotan dan sebagainya untuk membuat atap, dan balai. Ketika itu belum ada kanvas lagi. Pada ketika ini Mohamad bin Puasa baru berumur belasan tahun ada bersama dalam kesibukkan tersebut.
Pada suatu pagi orang sedang sibuk menjalankan tugas, Tengku Ismail yang baru berumur beberapa tahun didukung olih pengasuhnya bermain-main diluar Istana. Sewaktu bersiar-siar diluar Istana terlihatlah olih beginda salah saorang anak pembesar Johor sedang bermain-main dengan burung. Beliau tergesa-gesa pulang kaIstana memohon kepada ayahndanya untuk mendapatkan burung. Maka Temenggong Ibrahim menitahkan Mentri Puasa datang menghadap, dan menitahkan untuk dapatkan burung untuk Tengku Ismail. Mentri Puasa memohon untuk beberapa hari, dan permohonannya diperkenankan.
Mentri Puasa terus berangkat dengan membawa beberapa orang pedayung perahu yang handal dan terus pergi. Setelah beberapa hari sampailah Mentri Puasa diKepoh, sebelah ulu Simpang Kiri. Pada masa tibanya hari telah lewat petang, dan Mentri Puasa mengarahkan untuk membuat racik, mengetah, serta membuat sangkar burung.
Ada pun Kepoh itu ialah sebuah kampung orang asli keturunan Jakun. Kepoh juga tempat banyak jenis burung. Keadaannya berpaya, banyak ikan seperti tapah, baung dan lain-lain ikan, pohon kayu yang banyak berbuah memang tempat kegemaran burung-burung. Terdapat binatang pemburuan seperti rusa, kijang, napoh, dan pelanduk, terdapat juga Gajah, Tenok, Harimau, Seladang, dan juga Beruang mata-hari. Olih itu Kepohlah tempat sesuai untuk menangkap burung. Pada malam itu juga mereka menangkap burung. Esok paginya banyaklah mereka dapat burung-burung, besangkar banyaknya, Mentri Puasa bersama dengan orang-orang terus berkayuh kaTanjung Putri.
Bila Tengku Ismail melihat banyaknya burung hatinya sungguh gembira maka burung-burung itu dibawa kaIstana. Temenggong Ibrahim pun mengarahkan untuk membina rumah burung dibelakang Istana. Olih kerana minat Tengku Ismail dengan haiwan dan burung-burung, maka Temenggong Ibrahim mengarahkan untuk membina zoo Istana Johor Bharu.
Begitulah kisahnya asal-usul pembinaan zoo Johor Bharu.
Mentri Puasa bin Samin mempunyai beberapa keistemewaan seperti :-
Beliau mempunyai suatu cop diperbuat dari kayu yang berukiran lambang Negri Johor, kalau sesiapa yang mempunyai permohonan yang ada cop tersebut pasti akan diluluskan.
Beliau mempunyai sebilah Sundang sepanjang satu hasta yang berukiran dimatanya.
Beliau mempunyai sebatang tombak sepanjang dua hasta dan berkerawang dipangkal matanya.
Beliau juga mempunyai Gong atau Tawak.
Beliau juga mempunyai Pending dan tali pinggang dari perak, apabila ada sambutan rasmi beliau akan memakai barang ini.
Beliau juga mempunyai sehelai kot berwarna hitam, berbutang lima, dan dibutang baju tersebot terdapat lambang(crown) Negri Johor.
Menteri Puasa diberi kuasa olih Sultan untuk mendenda pesalah mencuri kerbau dengan denda 15 ringgit atau satu bulan penjara melebihi kuasa Penghulu ketika itu. Cerita ini disampaikan olih PaBuang bin Kassim kepada kami. Mungkin juga kerana rumah Mentri Puasa tidak berapa jauh dari Rumah Pasong sementara Penghulu tinggal jauh disebelah hilir Simpang Kiri.
Suatu ketika apabila Sultan Johor datang unuk menghadiri perayaan diMuar. Sultan memandu kenderaannya sendiri. Beliau dijemput untuk meresmikan Jambatan Parit Sulong yang baru siap dibina. Mentri Puasa sibuk mengatur orang-orang Simpang Kiri beratur dikiri-kanan jalan bagi menyambut kedatangan Sultan. Bila kenderaan Sultan berhenti beliau disambut dengan meriahnya dan beliau bertanya kepada Jurutera Jambatan berbangsa Inggeris tentang kekukuhannya jambatan itu. Jurutera itu menganggukkan kepalanya bererti kuat dan kukuh. Bila Baginda memegang tembok dengan tangan kirinya maka Jambatan itu bergegar. Jurutera itu terus pengsan. Selepas itu Beginda naik kakeretanya dan terus memandu kaMuar. Itulah peristewa yang dialami olih Mentri Puasa ketika Sultan singgah untuk meresmikan jambatan Parit Sulong.
Mentri Puasa bin Samin meninggal dunia pada tahun 1935, pusaranya berada diTanah Pekuburan Gudang, Simpang Tiga, Parit Sulong.
Mudah-mudah ianya menjadi cerita warisan anak-cucu beliau.